Penyakit jangkitan seksual (STD) memang biasa berlaku, tetapi pengesanan awal boleh mencegah komplikasi dan melindungi kesihatan anda. Ujian STD secara berkala bukan sahaja beri ketenangan, malah bantu hentikan penularan jangkitan.
Di He Medical Clinic, kami menyediakan perkhidmatan ujian STD yang menyeluruh dan sulit di Malaysia. Sama ada anda mengalami simptom atau sekadar mahukan ketenangan minda, klinik kami menawarkan saringan pantas dan tepat untuk pelbagai jenis jangkitan seksual.
STD testing Malaysia merujuk kepada proses untuk mengesan penyakit jangkitan seksual (Sexually Transmitted Diseases - STD) atau jangkitan kelamin (STI). Ujian ini bertujuan untuk mengenal pasti jangkitan yang berpunca daripada bakteria, virus atau parasit yang boleh merebak melalui hubungan seksual.
Ramai orang tidak menyedari mereka telah dijangkiti kerana banyak jangkitan tidak menunjukkan simptom pada peringkat awal. Oleh itu, melakukan ujian STD secara berkala sangat penting untuk pengesanan awal, rawatan cepat dan mengelakkan komplikasi jangka panjang.
Di He Medical Clinic, kami menyediakan STD test yang menyeluruh, profesional dan peribadi - direka khusus untuk mereka yang mahu menjaga kesihatan seksual dengan penuh tanggungjawab.
Ramai individu hanya akan mempertimbangkan STD test bila sudah timbul simptom. Tetapi, realitinya - kebanyakan jangkitan kelamin tidak menunjukkan tanda-tanda awal. Tanpa disedari, ia boleh tersebar kepada pasangan dan menyebabkan komplikasi kesihatan yang lebih serius seperti ketidaksuburan, kegagalan organ, atau risiko HIV berganda.
Melakukan STD testing malaysia secara berkala adalah cara terbaik untuk:
Ujian ini bukan hanya untuk mereka yang mengalami gejala. Ia adalah sebahagian daripada penjagaan kesihatan yang bertanggungjawab - sama pentingnya dengan pemeriksaan kesihatan tahunan.
Setiap individu yang aktif secara seksual disarankan untuk menjalani ujian STD secara berkala, walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom.
Di He Medical Clinic, kami menyediakan ujian STD menyeluruh yang melibatkan pelbagai jenis jangkitan kelamin. Ujian ini merangkumi pengambilan darah, air kencing dan ujian swap, bergantung kepada jenis jangkitan yang dicurigai. Antara ujian STD yang biasa dilakukan termasuk:
Klik untuk tahu lebih lanjut tentang Jankitan HIV Antara Pelajar Uni Di Malaysia.
STD | Cara Jangkitan | Simptom & Risiko Jika Tak Dirawat |
Klamida | Seks faraj/oral/dubur | Lendir, sakit pelvis Kemandulan, penyakit pelvis |
Gonorea | Seks faraj/oral/dubur | Pedih kencing, lendir Kemandulan, sakit sendi |
Sifilis | Sentuhan dengan luka | Ulser tanpa sakit, ruam Kerosakan organ & saraf |
HIV | Darah, air mani, cecair | Simptom macam selesema Kegagalan imun, AIDS |
Herpes | Sentuhan kulit | Lepuh, luka Serangan berulang |
Hepatitis B/C | Seks, darah | Kuning, letih Sirosis hati, kanser |
HPV | Sentuhan kulit | Ketuat kelamin Kanser serviks/dubur/mulut |
Trichomoniasis | Hubungan seksual | Gatal, lendir Jangkitan sistem pembiakan |
Ujian molekul pantas untuk kesan pelbagai punca luka alat sulit daripada satu sampel. Disarankan untuk individu dengan ulser atau luka alat sulit yang tak pasti puncanya.
STD Rapid Test yang beri keputusan dalam 20–30 minit - sesuai untuk mereka yang nak kepastian segera.
Di He Medical Clinic, ujian STD pantas kami di Malaysia dijalankan dengan tahap ketepatan dan kerahsiaan yang paling tinggi, untuk memastikan anda mendapat keputusan yang boleh dipercayai dalam suasana yang selamat dan profesional.
Ciri | GU7 STD Test (Full Panel) | STD Rapid Test |
Skop | Secara lazim, ia adalah ujian makmal yang komprehensif (contohnya, meliputi 7 jenis IMS yang berbeza). | Kebiasaannya hanya menyaring 1 hingga 3 jenis jangkitan seksual secara pantas (selalunya HIV, sifilis, dan kadang-kadang hepatitis atau chlamydia). |
Masa Keputusan | 1–3 hari (kadangkala lebih lama bergantung kepada proses makmal). | 10-30 minit (hari yang sama) |
Kaedah | Sampel darah, urin, swab | Prick jari atau swab cepat |
Ketepatan | Sangat tinggi (lab standard) | Baik, tapi kurang untuk tahap awal |
Pengesahan | Termasuk dalam ujian | Perlu pengesahan lab jika positif |
Kos | Lebih mahal (disebabkan ujian penuh) | Lebih murah (ujian individu) |
Ramai masih anggap ujian STD hanya perlu jika ada simptom. Tapi sebenarnya, sesiapa saja yang aktif secara seksual patut jalani STD testing malaysia secara berkala - tak kira umur atau status hubungan.
Anda sangat digalakkan buat STD test jika:
Lebih awal std test malaysia dijalankan, lebih mudah rawatan dapat dimulakan - dan lebih rendah risiko untuk orang lain terdedah.
Klik untuk tahu lebih lanjut tentang Sunat Bantu Cegah Jangkitan Kelamin & Penyakit Lain – Penjelasan Dr Gavin
Kami faham bahawa topik ini sensitif. Sebab itu proses STD testing malaysia di klinik kami dibuat secara profesional, sulit dan cepat tanpa perlu rasa malu.
Anda akan berbual dengan doktor dalam suasana tertutup untuk bincang sejarah kesihatan dan kebimbangan semasa.
Bergantung pada jenis jangkitan, doktor mungkin ambil darah, air kencing atau melakukan ujian swap.
Sampel akan dihantar ke makmal bertauliah. Pilihan ujian pantas turut tersedia untuk beberapa jenis jangkitan tertentu.
Keputusan biasanya keluar dalam masa 1 hingga 3 hari bekerja.
Jika ujian positif, kami akan beri rawatan yang diperlukan, serta bimbingan lanjut - semuanya dilakukan secara profesional dan bebas penghakiman.
Ramai yang risau tentang kos bila bercakap soal STD testing malaysia. Tapi sebenarnya, ujian seperti ini boleh disesuaikan mengikut bajet dan keperluan anda. Di He Medical Clinic, kami tawarkan pelbagai pilihan STD test malaysia dengan harga yang kompetitif:
Jenis Ujian STD | Harga Dari (RM) |
HIV & Sifilis | RM120-RM150 |
Klamidia & Gonorea | RM180-RM250 |
Pakej STD Komprehensif | RM300-RM500 |
HPV & Herpes (individu) | Bermula dari RM250 |
Untuk maklumat lanjut mengenai STD test malaysia price, hubungi kami atau datang terus ke klinik. Kami bantu anda pilih ujian yang paling sesuai, tanpa paksaan.
He Medical Clinic sedia bantu anda dengan rawatan profesional, selamat dan sulit. Kami beroperasi di:
📞 Call us at 011-1640 2980
💬 WhatsApp us for private consultation
Kesihatan seksual adalah sebahagian daripada kesihatan menyeluruh anda.
Jangan tunggu sehingga gejala muncul - STD testing malaysia secara berkala adalah bentuk penjagaan diri yang penting.
Tidak. Kebanyakan STD test hanya melibatkan pengambilan darah, air kencing atau swab — rasa tak selesa adalah minimum dan sekejap sahaja.
Kebiasaannya 1–3 hari bekerja. Ada juga jenis ujian STD pantas (rapid test) yang boleh siap dalam hari yang sama, bergantung kepada jenis jangkitan yang diuji.
Tak perlu. Ramai pembawa jangkitan langsung tak ada simptom, jadi buat STD testing malaysia secara berkala adalah tindakan yang bijak - lebih awal dikesan, lebih mudah dirawat.
Ya. Di He Medical Clinic, semua proses dan keputusan ujian STD anda adalah 100% rahsia. Tiada data dikongsi tanpa persetujuan anda.
Kami terima walk-in, tapi buat temujanji lebih mudah dan cepat. Anda boleh WhatsApp kami terus untuk pilih masa yang sesuai.
Sesetengah pelan insurans peribadi mungkin meliputi kos STD test malaysia. Kami sarankan anda semak dengan penyedia insurans masing-masing.
Kami akan bantu dari segi rawatan, pemantauan dan sokongan moral. Anda tak akan dibiarkan keseorangan - kami ada untuk bimbing anda pulih sepenuhnya.