Pernah perasan zakar anda tiba-tiba senget atau melengkung ketika ereksi yang tak pernah berlaku sebelum ini? Ini mungkin bukan sekadar perbezaan semula jadi, tetapi petunjuk awal kepada penyakit Peyronie! Penyakit ini berlaku apabila tisu parut terbentuk di dalam zakar, menyebabkan ia bengkok, senget atau melengkung semasa ereksi. Ia bukan situasi luar biasa dan ia boleh menjejaskan bukan sahaja fungsi seksual, tetapi juga keyakinan diri.
Di He Medical Clinic, klinik pakar lelaki kami menerima ramai pesakit lelaki yang mendapatkan rawatan zakar bengkok akibat penyakit Peyronie sama ada baru dialami atau sudah lama membebankan emosi mereka secara senyap. Tapi, jangan risau! Kalau diagnosis dilakukan awal-awal, kita boleh mencegahnya dengan pelbagai cara meluruskan zakar yang bengkok tanpa pembedahan.
Zakar melengkung ke bawah atau ke sisi boleh menyebabkan tekanan mental, rasa malu, dan memberi kesan kepada hubungan. Dalam artikel ini, kita akan jelaskan apakah itu penyakit Peyronie, bagaimana untuk mengenal pasti tanda-tandanya, dan yang paling penting, rawatan berkesan untuk zakar bengkok yang boleh anda pertimbangkan di Malaysia.
Apa Itu Penyakit Peyronie?
Penyakit Peyronie adalah keadaan perubatan di mana tisu parut (dikenali sebagai plak) terbentuk di dalam zakar, terutamanya di bawah kulit sepanjang tunica albuginea, lapisan tebal yang mengelilingi ruang ereksi. Bila tisu ini terbentuk, ia boleh menyebabkan zakar bengkok, senget atau melengkung secara ketara ketika ereksi, malah dalam sesetengah kes, zakar juga boleh menjadi lebih pendek dari biasa.
Ini bukan jenis zakar melengkung yang biasa dimiliki sesetengah lelaki secara semula jadi. Dalam kes penyakit Peyronie, lengkungan zakar boleh menjadi begitu ketara sehingga menimbulkan rasa tidak selesa, malah menyukarkan proses penetrasi. Sesetengah lelaki mengalami kesakitan, manakala yang lain perasan zakar mereka kurang tegang atau terdapat perubahan pada saiz lilitan.
Apa yang mengejutkan, masalah ini boleh berlaku secara perlahan atau tiba-tiba. Walaupun lebih biasa dialami oleh lelaki berusia 40 tahun ke atas, ramai lelaki muda turut mengalaminyaselepas kecederaan kecil yang tidak disedari atau akibat geseran berulang semasa hubungan seks.
Jika tidak dirawat, zakar boleh melengkung ke bawah atau ke tepi ini boleh menjadi semakin serius. Di He Medical Clinic, klinik pakar lelaki kami menawarkan pemeriksaan peribadi dan rahsia untuk mengenal pasti tahap penyakit Peyronie yang anda hadapi, serta mencadangkan rawatan zakar bengkok yang paling sesuai untuk anda.
Apakah Punca Penyakit Peyronie?Apa Punca Penyakit Peyronie? Ini Sebab Zakar Boleh Jadi Senget Atau Bengkok
Punca sebenar penyakit Peyronie masih belum diketahui sepenuhnya. Namun, dalam kebanyakan kes, ia berpunca daripada trauma atau kecederaan pada zakar walaupun anda mungkin langsung tidak sedar bila ia berlaku.
Kecederaan Atau Trauma Mikro Berulang
Antara punca paling biasa penyakit Peyronie adalah trauma fizikal pada zakar sama ada akibat kecederaan semasa hubungan seks atau trauma mikro berulang dalam tempoh tertentu. Aktiviti biasa seperti hubungan intim yang terlalu agresif atau kemalangan semasa bersukan boleh menyebabkan koyakan halus pada tunica albuginea (lapisan tebal yang mengelilingi ruang ereksi). Sebagai tindak balas, tubuh membentuk tisu parut atau plak yang keras dan menarik tisu di sekelilingnya. Inilah yang menyebabkan zakar melengkung, senget atau bengkok.
Apa yang menjadikannya lebih mencabar, ramai lelaki langsung tidak sedar mereka pernah mengalami kecederaan tersebut. Ini kerana kerosakan ini biasanya berlaku secara halus dan terkumpul dari masa ke masa.
Faktor Genetik
Selain kecederaan, faktor genetik juga dipercayai memainkan peranan dalam penyakit Peyronie. Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Urology pada tahun 1982 mendapati terdapat kes dalam kalangan ahli keluarga yang menunjukkan corak pewarisan dominan autosomal. Ini mencadangkan bahawa penyakit ini boleh diwarisi, terutamanya dalam kalangan mereka yang turut menghidap Dupuytren’s contracture , keadaan serupa yang menyerang tangan.
Faktor Perubahan Usia
Penyakit Peyronie secara lazimnya menyerang lelaki berusia antara 40 hingga 70 tahun, walaupun ada juga kes yang berlaku lebih awal. Seiring dengan pertambahan usia, tisu-tisu badan kita mula hilang keanjalan dan keupayaan untuk pulih daripada kecederaan juga semakin perlahan. Keadaan ini memudahkan pembentukan tisu parut walaupun selepas kecederaan kecil yang tidak disedari. Selain itu, fungsi ereksi turut menjadi lebih sensitif dan mudah terjejas. Inilah sebab mengapa zakar melengkung ke bawah atau ke tepi kerap dialami lelaki dalam usia pertengahan, dan bukan sekadar tanda penuaan biasa.
Faktor Perubahan UsiaBerkaitan Penyakit Lain
Penyakit Peyronie juga sering dikaitkan dengan masalah kesihatan lain. Lelaki yang menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung (kesihatan vaskular) didapati lebih berisiko untuk mengalami zakar bengkok. Apabila kesihatan vaskular terganggu, proses penyembuhan tisu juga menjadi lebih perlahan, sekali gus meningkatkan risiko zakar melengkung atau senget semasa ereksi.
Penyakit Peyronie vs Zakar Bengkok Semula Jadi: Apa Bezanya?
Tak semua zakar bengkok perlu dirisaukan. Malah, ramai lelaki secara semula jadi mempunyai sedikit lengkungan pada zakar mereka dan masih mampu menjalani hubungan intim tanpa sebarang masalah. Namun, bila zakar melengkung menjadi semakin ketara, menyakitkan, atau mula menjejaskan prestasi di ranjang, ada kemungkinan itu petanda penyakit Peyronie.
Cara Kenal Pasti Perbezaan:Jadi, bagaimana nak bezakan antara lengkungan biasa dan sesuatu yang lebih serius? Ini petunjuknya:
Zakar Bengkok Semula Jadi vs Zakar Melengkung Abnormal
Zakar melengkung secara semula jadi selalunya konsisten, tidak menyakitkan dan tidak berubah sepanjang masa. Ia hanya sebahagian daripada variasi normal anatomi tubuh lelaki. Sebaliknya, zakar senget akibat penyakit Peyronie selalunya muncul secara tiba-tiba, semakin teruk dari masa ke masa, dan sering disertai dengan gejala lain seperti ketulan keras di bawah kulit atau rasa sakit semasa ereksi.
Lengkungan yang disebabkan oleh penyakit Peyronie biasanya melebihi 30 darjah dan boleh menjejaskan hubungan intim. Malah dalam kes serius, penetrasi menjadi mustahil. Zakar melengkung ke bawah, ke atas atau ke sisi bergantung kepada lokasi tisu parut yang terbentuk.
Bagaimana Ereksi Terjejas Bila Zakar Melengkung Akibat Penyakit Peyronie
Bagi lelaki dengan zakar melengkung secara semula jadi, ereksi biasanya tetap kuat dan tidak menyakitkan. Tetapi dalam kes penyakit Peyronie, ramai yang mengalami kesukaran untuk mencapai atau mengekalkan ereksi. Ini kerana tisu parut yang terbentuk mengganggu aliran darah dan keanjalan zakar yang diperlukan untuk ketegangan penuh.
Dalam banyak kes, plak yang terbentuk menyebabkan kesan “hinge” di mana zakar senget secara tiba-tiba di satu bahagian, menjadikan strukturnya lemah dan sukar mengekalkan bentuk semasa ereksi.
Inilah sebab ramai lelaki dengan zakar bengkok akibat Peyronie juga mengalami masalah mati pucuk (ED). Jika anda tidak pasti sama ada anda sedang berdepan dengan zakar melengkung biasa atau penyakit Peyronie, adalah wajar untuk mendapatkan pemeriksaan dari klinik pakar lelaki dalam rawatan zakar bengkok dan ED di Malaysia.
Kesan Emosi Dan Fizikal
Kesan dan impak penyakit Peyronie kepada emosi juga sangat besar. Ramai lelaki yang berdepan dengan zakar melengkung melaporkan mengalami keresahan, hilang keyakinan diri dan tekanan dalam hubungan. Malah, ada yang menjauhkan diri dari hubungan intim kerana malu atau takut gagal.
Yang penting, kita perlu sedar bahawa ini adalah masalah perubatan sebenar dan bukan kelemahan peribadi. Tak payahlah malu-malu untuk dapatkan bantuan, lebih-lebih lagi apabila kini terdapat pelbagai rawatan zakar bengkok tanpa pembedahan yang ditawarkan di klinik pakar lelaki moden di Malaysia.
Pilihan Rawatan Anda Untuk Penyakit Peyronie
Jika anda telah didiagnosis dengan penyakit Peyronie atau mula mengesyaki anda mengalaminya, apa cara untuk rawatnya?
Jawapan terbaik bergantung pada tahap zakar melengkung, sama ada anda turut mengalami kesakitan atau disfungsi erektil, dan berapa lama simptom itu telah berlaku. Berita baiknya, tidak semua kes memerlukan pembedahan. Ramai lelaki menunjukkan tindak balas yang baik terhadap rawatan zakar bengkok yang tidak melibatkan pembedahan, terutama jika dikesan awal.
Di Di He Medical Clinic, matlamat kami adalah untuk mengembalikan fungsi dan keyakinan anda tanpa terus melangkah ke bilik bedah.
Terapi Gelombang Kejutan Ekstrakorporeal (ESWT)
Salah satu rawatan tanpa pembedahan yang paling berkesan sekarang ialah Terapi Gelombang Kejutan Ekstrakorporeal (ESWT). Rawatan ni guna gelombang bunyi berintensiti rendah yang dihantar ke bahagian tertentu pada zakar. Gelombang ni bantu rangsang proses yang dipanggil "neovaskularisasi", iaitu cara badan pulihkan diri secara semula jadi. Ia juga bantu pecahkan tisu parut (plak) dan galakkan pertumbuhan salur darah baru.
Kelebihan ketara ESWT adalah keupayaannya untuk menawarkan rawatan dua dalam satu. Rawatan ini bukan saja boleh merawat penyakit Peyronie, malah boleh membantu masalah mati pucuk (ED). Dengan tingkatkan aliran darah dan fungsi salur darah, ESWT boleh bantu dapatkan ereksi yang lebih kuat dan tahan lama, terutamanya bagi lelaki yang alami ED disebabkan masalah peredaran darah yang lemah. Walaupun tak semua kes berjaya dirawat, ia amat berkesan untuk mereka yang masih di peringkat awal atau fasa stabil penyakit. Kebanyakan pesakit jalani beberapa sesi rawatan setiap minggu, dengan rasa tak selesa yang sangat minimum dan tak perlu berehat panjang.
Alat Ereksi Vakum (VED)
Alat ereksi vakum, atau lebih dikenali sebagai pam zakar, menghasilkan tekanan negatif di sekeliling zakar untuk menarik darah masuk ke dalam tisu erektil. Kalau digunakan secara konsisten dan dengan cara yang betul, ia boleh berfungsi untuk dua tujuan: membantu mengekalkan panjang zakar dan mencegah kelengkungan daripada menjadi lebih teruk.
Bagi lelaki yang mengalami penyakit Peyronie’s, VED boleh bantu tingkatkan fleksibiliti zakar dan aliran oksigen, sekali gus melambatkan perkembangan plak. Ada juga yang guna VED bersama-sama dengan terapi tarikan atau suntikan untuk hasil yang lebih baik. Walaupun kesannya berbeza ikut individu, kaedah ni tetap dianggap pilihan yang tidak invasif dan berisiko rendah, terutama bagi mereka yang tak bersedia atau tak sesuai untuk jalani pembedahan.
Namun, sangat penting untuk guna pam bergred perubatan dengan pemantauan profesional. Penggunaan yang salah boleh menyebabkan lebam atau rasa tidak selesa, terutamanya jika zakar memang dah sensitif akibat tisu berserat.
Terapi Regangan Zakar (PTT)
Penile Traction Therapy (PTT) merupakan kaedah bukan invasif di mana pesakit memakai alat regangan khas yang diperbuat daripada bahan perubatan selama beberapa jam setiap hari. Alat ini akan tarik zakar secara perlahan dan konsisten, membantu mengurangkan zakar melengkung serta berpotensi memulihkan panjang zakar yang hilang akibat penyakit Peyronie.
Kajian klinikal menunjukkan bahawa PTT boleh membantu mengurangkan lengkungan sehingga 20–30 darjah apabila digunakan secara konsisten. Ia juga sering digabungkan dengan rawatan lain seperti suntikan PRP atau terapi ubat bagi mendapatkan hasil yang lebih berkesan.
Rawatan Melalui Ubat Makan
Walaupun ubat oral tidak mampu meluruskan zakar yang bengkok teruk, ia masih berguna dalam fasa awal penyakit Peyronie, terutamanya jika keradangan masih aktif.
Antara ubat yang biasa digunakan termasuk:
- Vitamin E: Antioksidan semula jadi yang pernah dipercayai boleh mengurangkan plak. Walaupun hasil kajian bercanggahf, ia masih digunakan dalam kes zakar melengkung yang ringan.
- Potassium para-aminobenzoate (Potaba): Mempunyai sifat anti-fibrotik, namun penggunaannya terhad disebabkan oleh kesan sampingan tertentu.
- Colchicine atau Tamoxifen: Kadangkala diberikan untuk mengawal keradangan dalam tisu zakar.
Ubat-ubatan ini paling berkesan apabila digunakan di bawah pemantauan doktor, dan digabungkan dengan kaedah fizikal seperti terapi regangan zakar.
Rawatan P-Shot (PRP) Untuk Penyakit Peyronie
Platelet-Rich Plasma (PRP), atau lebih dikenali sebagai P-Shot, ialah rawatan yang menggunakan plasma darah kaya faktor pertumbuhan yang diambil daripada darah anda sendiri. Plasma ini kemudian disuntik ke kawasan tertentu pada zakar untuk membantu proses pemulihan.
Bagi lelaki yang mengalami zakar bengkok akibat penyakit Peyronie, PRP berfungsi untuk:
- Meningkatkan aliran darah dan merangsang pertumbuhan semula tisu
- Melembutkan plak yang terbentuk pada peringkat awal
- Menambah kekuatan dan sensitiviti ereksi
Berbanding dengan rawatan lain, prosedur PRP di He Medical Clinic adalah sepenuhnya semula jadi dan hampir tiada kesan sampingan. Ia amat berkesan apabila digabungkan dengan terapi regangan zakar, terutamanya untuk lelaki yang mencari rawatan zakar bengkok tanpa pembedahan di Malaysia.
Pilihan Pembedahan
Pembedahan hanya khas untuk lelaki yang mengalami penyakit Peyronie tahap lanjut dan tidak menunjukkan sebarang perubahan selepas mencuba rawatan lain. Antara jenis pembedahan yang ditawarkan termasuk:
- Plication: Memendekkan bahagian zakar yang tidak terjejas untuk mengimbangi lengkungan.
- Insisi dan cantuman (grafting): Mengeluarkan tisu parut dan menggantikannya dengan tisu gantian.
- Prostesis zakar: Digunakan untuk lelaki yang mengalami zakar bengkok berserta disfungsi erektil (ED) yang teruk.
Walaupun berkesan, pembedahan juga datang dengan risiko seperti pengurangan panjang zakar, kebas atau ketegangan zakar yang berkurang. Oleh itu, kita hanya cadangkan pembedahan sebagai langkah terakhir selepas semua cara meluruskan zakar yang bengkok tanpa pembedahan tidak berhasil.
Apa Yang Ditawarkan Oleh He Medical Clinic Untuk Rawatan Zakar Bengkok
Di He Medical Clinic, kami fokus kepada rawatan regeneratif tanpa pembedahan untuk merawat penyakit Peyronie, terutamanya pada peringkat awal hingga sederhana. Antara rawatan yang ditawarkan termasuk:
- Terapi PRP (P-Shot)
- Pengoptimuman hormon
- Pemantauan dan bimbingan terapi regangan zakar
- Sokongan rawatan ED
Apa Akan Terjadi Jika Penyakit Peyronie Dibiarkan Tanpa Rawatan?
Ramai lelaki teragak-agak untuk mendapatkan bantuan apabila mengalami zakar bengkok, dengan harapan lengkungan itu akan hilang sendiri. Walaupun dalam kes yang ringan ia mungkin menjadi stabil, hakikatnya, penyakit Peyronie yang tidak dirawat cenderung menjadi lebih teruk.
Risiko Lengkungan Semakin Teruk Jika Tidak Dirawat
Tisu parut (plak) yang menyebabkan zakar melengkung boleh menjadi semakin keras dan berserat dari masa ke masa. Akibatnya, lengkungan menjadi lebih teruk sehingga ada yang langsung tidak dapat melakukan penetrasi. Dalam banyak kes, zakar bengkok akibat penyakit Peyronie akan terus menjadi lebih teruk jika tiada rawatan diambil dalam tempoh 12 hingga 18 bulan pertama.
Gangguan Fungsi Seksual
Satu lagi kesan sampingan penyakit Peyronie yang sering tidak disedari adalah gangguan fungsi seksual. Aliran darah ke zakar boleh terganggu oleh tisu parut, menyebabkan ereksi kurang tegang atau hilang sepenuhnya. Ini biasa dikenali sebagai disfungsi erektil. Bentuk zakar yang senget atau melengkung juga menyebabkan kesakitan semasa hubungan seks. Ini bukan sahaja menjejaskan kepuasan, tetapi boleh menjadikan hubungan intim satu pengalaman yang menyakitkan dan penuh tekanan.
Kesan Penyakit Peyronie Kepada Emosi
Kajian juga menunjukkan bahawa ramai lelaki yang mengalaminya turut ada berkaitan dengan masalah kebimbangan prestasi, keyakinan diri yang merosot, dan kemurungan. Ia bukan sekadar isu fizikal, zakar melengkung turut menjejaskan identiti, hubungan peribadi dan kualiti hidup secara keseluruhan.
Kesimpulannya : membiarkan zakar bengkok atau senget tanpa rawatan jarang sekali membawa hasil yang baik. Bertindak awal bukan saja memberi lebih banyak pilihan rawatan, malah meningkatkan peluang untuk memulihkan fungsi zakar seperti sediakala.
Soalan Lazim Tentang Frenulum TearSoalan Lazim Tentang Penyakit Peyronie
Tidak. Penyakit Peyronie bukan sejenis kanser dan tidak meningkatkan risiko anda untuk menghidap kanser. Ia adalah keadaan jinak yang berpunca daripada pembentukan tisu parut, bukan pertumbuhan sel abnormal atau berbahaya. Namun begitu, jika dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menjejaskan kualiti hidup dari segi fizikal dan emosi.
Tidak. Penyakit Peyronie tidak membawa maut, tetapi kesannya terhadap kesejahteraan emosi dan seksual boleh jadi sangat serius. Walaupun ia tidak menjejaskan jangka hayat anda, jika dibiarkan tanpa rawatan, simptomnya boleh menyebabkan tekanan dalam hubungan, kemurungan dan masalah seksual jangka panjang.
Jarang, penyakit Peyronie pulih secara semula jadi — biasanya dalam tempoh 6 hingga 18 bulan. Namun bagi kebanyakan lelaki, zakar melengkung ini sama ada akan kekal stabil atau menjadi semakin teruk jika tidak mendapatkan rawatan. Rawatan awal sangat penting kerana ia meningkatkan peluang untuk pemulihan yang lebih baik dan mencegah komplikasi jangka panjang.
Ya, boleh. Ramai lelaki masih mampu menjalani kehidupan aktif walaupun mengalami penyakit Peyronie. Tapi itu tidak bermakna anda perlu “tahan” saja tanpa mencari penyelesaian. Sekarang ada banyak rawatan yang berkesan anda boleh memilih tanpa pembedahan yang boleh membantu mengurangkan zakar bengkok, melegakan kesakitan dan memulihkan semula keyakinan diri anda.
Kesakitan biasanya dialami dalam fasa awal penyakit Peyronie ketika keradangan sedang aktif. Antara cara melegakan kesakitan termasuk pengambilan ubat anti-radang, perubahan gaya hidup, atau penggunaan terapi regangan zakar. Sesetengah lelaki turut mendapat manfaat daripada rawatan regeneratif seperti P-Shot (PRP), yang membantu mengurangkan keradangan dan mempercepatkan proses penyembuhan tisu.
Mulakan Langkah Pertama Anda Untuk Dapatkan Rawatan di He Medical Clinic
Menjalani hidup dengan penyakit Peyronie tidak perlu jadi norma baru anda. Jika anda mengalami zakar bengkok, rasa tidak selesa atau perubahan dalam fungsi seksual, tindakan awal boleh memberi perbezaan besar. Di He Medical Clinic, kami menyediakan layanan profesional dan sulit khas untuk kesihatan lelaki.
Kami mempunyai klinik di Kuala Lumpur, Penang dan Johor Bahru, dengan sesi konsultasi persendirian melalui temujanji. Layari halaman rawatan penyakit Peyronie kami untuk maklumat lanjut, atau hubungi terus untuk menempah temujanji anda. Biarkan kami bantu anda ambil semula kawalan terhadap kesihatan dan keyakinan diri.