Loader
0%
Loading ...

He Medical Clinic

530ea2 dd18811686c34fe98c6cdf056acb8a18mv2

Rawatan Frenulum Breve di Malaysia: Pakar untuk Kesihatan Optimum

Punca Sakit Ketika Ereksi dan Hubungan Seksual

Tak ramai yang tahu mengenai masalah frenulum breve ini, sampai ada lelaki yang bertahun-tahun menderita kerana merasakan ia tidak boleh dirawat. Ramai juga lelaki malu nak bercerita mengenai masalah ini, yang akhirnya buat mereka dan pasangan jadi risau. Kebanyakan pesakit takut kena berkhatan, padahal rawatan untuk masalah ni bukan semestinya berkhatan. Ada cara lain yang kurang invasif untuk digunakan, seperti Rawatan Zakar Bengkok.

Frenulum Breve atau frenulum pendek ni ialah keadaan di mana kulit yang bersambung dari kulup ke kepala zakar lebih pendek dari biasa. Ini buatkan kesakitan semasa hubungan seksual dan trauma pada frenulum. Biasa terjadi pada lelaki dan dianggarkan 5% pesakit dengan masalah ni adalah lelaki yang tidak berkhatan.

WhatsApp Image 2023 03 16 at 11 17 13 AM
WhatsApp Image 2023 03 16 at 11 17 14 AM

Bagaimana Seseorang Lelaki Itu Mengalami Frenulum Breve?

Frenulum di bawah kepala zakar adalah sejalur tisu elastik yang sensitif. Fungsi frenulum adalah untuk menarik balik kulit luar kepala zakar. Biasanya, frenulum panjang dan boleh meregang, membolehkan kulit luar turun sepanjang batang zakar dan mendedahkan seluruh permukaan kepala zakar. Sebab tu, masa ereksi, kalau frenulum tu pendek atau ketat, ia akan sebabkan tekanan yang buatkan kepala zakar melengkung ke bawah.

Keadaan ni juga menghalang pergerakan bebas kulit luar semasa bersama atau beronani. Keadaan ni boleh jadi teruk masa bersama dan boleh menyebabkan sakit dan berdarah pada alat sulit terutama kalau frenulum terkoyak. Kalau selalu terkoyak, susah nak sembuh dan akan sebabkan parut yang buatkan lebih tekanan kalau keadaan ni berterusan. Kalau tak dirawat, ia boleh sebabkan kesukaran masa bersama atau masalah seksual. Pemeriksaan awalsangat penting untuk kesan keadaan ni lebih awal.

Tanda-tanda dan Gejala Frenulum Breve

Tanda biasa untuk gejala frenulum breve ialah kesakitan dan pendarahan semasa hubungan seksual. Tapi, cara senang nak tahu frenulum pendek ialah dengan tarik kulup sampai habis dan tengok reaksi pesakit. Kalau pesakit rasa tegang dekat frenulum tu, kemungkinan besar dia ada frenulum pendek. Kepala zakar pun akan tunduk ke bawah bila kulup ditarik

short frenulum

Pilihan Kaedah untuk Merawat Frenulum Breve

Prosedur pembedahan yang dipanggil frenulectomy dilakukan dengan membuang jalur tisu yang ketat untuk melepaskannya dari tisu sekeliling. Percubaan pelbagai teknik seperti penggunaan ataupun atau senaman regangan kulit juga boleh dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, teknik ini kurang keberkesanannya:-

Kaedah Konservatif (Bukan Pembedahan):

Gunakan krim steroid atau senaman regangan kulit.

Krim steroid boleh buat kulit jadi lebih nipis dan mudah diregang, tetapi bila berhenti guna krim, frenulum jadi tebal kembali.

Kaedah ini sukar sedikit untuk diamalkan pesakit muda oleh kerana menunggu dalam tempoh yang agak lama sebelum kembali melakukan hubungan seks. Jadi, mereka lebih suka buat pembedahan.

Kaedah Pembedahan

Frenulectomy adalah prosedur di mana tisu yang ketat dipotong untuk melepaskannya dari tisu sekeliling. Ada teknik lain seperti menggunakan krim steroid atau senaman regangan kulit, tetapi teknik ini kurang berkesan.

  • ​Tanpa jarum (tiada suntikan anestetik yang menyakitkan)
  • Tanpa jahitan (guna gam khas – tak perlu buang jahitan)
  • Tanpa pendarahan 
  • Tanpa kesakitan


Tujuan pembedahan ini adalah untuk melonggarkan frenulum yang ketat supaya hubungan seks lebih selesa tanpa rasa sakit atau pendarahan.

Soalan Lazim mengenai Frenulum Breve

Tak boleh, frenulum breve takkan sembuh sendiri. Beberapa doktor mungkin cadangkan senaman regangan, tapi frenulum adalah tisu yang kuat dan susah diregangkan, jadi akhirnya pesakit perlu buat frenulectomy.

Kebanyakan lelaki yang dah buat prosedur ini kata ia tak sakit sebab pesakit akan dibius setempat sebelum frenulectomy.

Frenulectomy takkan ganggu kulit khatan. Ia hanya melibatkan pemotongan tisu ketat di bawah zakar, jadi kulit khatan akan kekal. Tapi, sunat boleh dibuat serentak dengan frenulectomy.

  • Bengkak dan lebam di tempat pembedahan.

  • Jangkitan yang memerlukan antibiotik

  • Pendarahan (biasanya hanya pendarahan ringan sahaja)

  • Parut di tempat pembedahan.

  • Pening selepas pembedahan.

  • Kesan kosmetik atau fungsi yang kurang memuaskan sehingga memerlukan prosedur kedua.

  • Meatal stenosis (jarang berlaku).

  • Sakit kronik di tempat pembedahan (jarang berlaku).

Pemulihan frenulectomy zakar agak cepat dan tak sakit. Kebanyakan lelaki boleh kembali bekerja di pejabat keesokan hari. Kalau kerja berat, mungkin perlu cuti beberapa hari.

Biasanya disarankan tunggu sekurang-kurangnya 4 minggu supaya tempat pembedahan sembuh dengan baik dan jahitan, kalau ada, terlerai sepenuhnya.

Selepas frenulectomy, hubungan seks sepatutnya lebih menyeronokkan sebab kurang sakit dan tak risau lagi tentang koyakan dan pendarahan kerana tisu ketat sudah dilepaskan.

ms_MYMalay