Loader
0%
Loading ...

He Medical Clinic

Berapa Lama Seks yang Ideal? di Malaysia

530ea2 3ab072c33eb844f0a7845c13cd616e8cmv2

Ketika melakukan hubungan kelamin, berapa lama sepatutnya ia bertahan?

Walaupun sebenarnya tiada jangka waktu yang ditetapkan untuk hubungan seksual, ramai orang keliru dan percaya bahawa melakukan hubungan yang lebih lama adalah seks yang lebih baik. Bertambah lama sesi hubungan seksual anda sering digunakan sebagai kayu ukur untuk menentukan betapa hangatnya malam anda.
 
Menurut Tore Holte Follestad, ketua bagi Norwegian Society for Clinical Sexology, kedua-dua lelaki dan perempuan terutama yang muda mempercayai bahawa sesi persetubuhan sepatutnya mengambil masa yang lama.
 
Dia menyatakan bahawa ini telah menjadi kepercayaan bagi kedua-dua jantina tersebut. Kebanyakan lelaki mempercayai bahawa mereka perlu mempunya zakar yang besar yang boleh bertahan lama ketika bersetubuh. Tambahan pula, semua orang mempercayai bahawa ketika zakar menembusi faraj adalah detik kegembiraan dan bunga api bagi semua yang terlibat.
Sedangkan, sebilangan besar golongan perempuan sebenarnya berada dalam kesakitan dan tidak tahu bagaimana untuk mengatasinya. Perkara ini sebenarnya tidak pelik lebih-lebih lagi jika anda telah melakukan persetubuhan selama satu jam.
 
Tempoh yang normal vs tempoh yang diingini
Apabila kita bercakap mengenai hubungan kelamin, mencapai keseronokan harus diutamakan daripada yang lain, dan apabila kita berbincang mengenai definisi keseronokan dalam persetubuhan, ia berbeza di antara setiap individu.
 

Sesetengah orang menginginkan pengalaman sensual yang panjang, sementara yang lain lebih suka sesi hubungan kelamin yang cepat dan agresif. Mesej utama di sini adalah lebih penting untuk anda melakukan hubungan kelamin yang memuaskan bagi semua pihak daripada memikirkan untuk melakukannya dalam jangka masa yang panjang. Apa yang anda mahukan daripada hubungan seksual tersebut adalah aspek yang paling penting.

 

Berapa lama masa yang selalunya diperlukan?

Walaupun tidak wujud satu jangka masa yang ajaib, sebuah penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal or Sexual Medicine pada tahun 2005 telah bertanya kepada sekumpulan ahli terapi hubungan kelamin. Mereka telah mengkelaskan seks kepada beberapa kategori iaitu mencukupi, terlalu pendek, terlalu lama, atau diinginkan.

 

Mereka menganggap persetubuhan faraj selama 1-2 minit sebagai terlalu pendek, dan 10-30 minit sebagai terlalu lama. Sementara itu, seks yang mencukupi dipercayai berlansung selama 3-7 minit manakala seks yang ideal berlansung selama 7-13 minit.

 

Nilai-nilai ini bagaimanapun hanya boleh digunakan untuk hubungan intim antara zakar dan faraj. Mereka tidak mempertimbangkan perkara lain seperti aksi-aksi mesra yang anda lakukan sebelum memulakan hubungan kelamin, dan mereka juga tidak mewakili bentuk seks yang lain.Semuanya berpusat pada bagaimana anda menentukan seks. Sebilan besar penyelidikan ini bergantung kepada masa latensi ejakulasi di dalam faraj atau IELT. IELT ialah masa yang diperlukan oleh seseorang yang mempunyai zakar untuk ejakulasi semasa melalukan hubungan seks faraj.
It all boils down to how you define sex. The majority of these research rely on intravaginal ejaculatory latency time (IELT). The time it takes a person with a penis to ejaculate during vaginal penetration is referred to as the IELT.
 
Walaubagaimanapun, ini bukan bagaimana semua orang memandang seks. Ramai individu percaya bahawa seks berakhir apabila semua pihak mencapai klimaks. Perlu kita ingat bahawa klimaks bukan hanya bergantung kepada seks faraj tetapi boleh juga melalui sentuhan fizikal, seks oral, seks dubur atau gabungan semua kaedah ini.
 

Sekiranya anda menentukan kepuasan seks hanya pada hubungan kelamin atau persetubuhan, kemungkinan seks anda hanya akan berlangsung selama beberapa minit sahaja. Perlu juga diingatkan bahawa penggunaan IELT sebagai penanda aras dengan mengandaikan hubungan intim zakar-faraj adalah yang kebiasaannya. Walaupun statistik ini dapat diekstrapolasi untuk hubungan intim secara dubur, seks faraj dan dubur adalah tidak sama.

 

Adakah terdapat faktor yang boleh mempengaruhi aktiviti seksual kita?

Terdapat beberapa ciri-ciri biologi anda yang boleh mempengaruhi berapa lama aktiviti seksual anda berlansung. Ciri-ciri tersebut adalah:
 
Umur
Semakin anda berusia, anda mungkin perlukan sedikit masa untuk berasa terangsang, ereksi lebih sukar dicapai dan tidak dapat bertahan lama. Perubahan hormon juga boleh menyebabkan masalah seperti kekeringan di faraj dan penurunan libido atau nafsu seksual.
 

Tahap Rangsangan

Tempoh masa yang diperlukan seseorang untuk mencapai orgasma bergantung kepada bagaimana mereka terangsang ketika mereka mula melakukan hubungan seks, serta jenis hubungan intim yang mereka lakukan. Terus melakukan persetubuhan sebelum anda cukup terangsang mungkin menyukarkan anda untuk mengalami orgasma atau mencapai klimaks.
Bagi lelaki yang mempunyai zakar, mereka akan mencapai klimaks dengan lebih cepat sekiranya hubungan intim dimulakan dengan seks oral sebelum beralih kepada seks faraj.Penting untuk anda fahami bahawa reaksi seksual bagi setiap individu adalah berbeza dan kunci untuk hubungan intim yang memuaskan adalah untuk anda memahami tindak balas seksual anda sendiri.
 

Dadah dan alkohol

Bahan kimia tertentu boleh mempengaruhi keinginan seksual, tahap keghairahan dan kemampuan orgasma seseorang individu. Secara tidak langsung, ini juga dapat mempengaruhi berapa lama hubungan seks boleh berlangsung.Mengambil terlalu banyak alkohol boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapat ereksi serta mencapai klimaks bagi lelaki.

Sebaliknya pula bagi perempuan di mana alkohol dapat meningkatkan kadar hormon testosteron menyebabkan mereka lebih ghairah tetapi juga dapat mengurangkan pelinciran di faraj mereka dan menjadi sukar untuk mencapai klimaks.

 

Masalah kesihatan
Hubungan kelamin anda juga boleh dipengaruhi dengan masalah kesihatan seksual. Pada usia 40m 40% lelaki akan mengalami masalah ereksi atau erectile dysfunction (ED). Ejakulasi pramatang pula boleh mempengaruhi kira-kira satu pertiga lelaki berusia antara 18 hingga 59 tahun, menyebabkan persetubuhan berlangsung untuk jangka masa yang pendek.
Sebaliknya, kaum wanita juga boleh mengalami gangguan orgasma apabila mereka mendekati usia untuk menopause atau putus haid. Ejakulasi tertangguh boleh mempengaruhi 1-5% lelaki, menyebabkan kesukaran untuk mencapai klimaks walaupun mempunyai banyak rangsangan.
 
Psikologi
Senario yang berbeza, pasangan, betapa bahagia anda dalam sesebuah hubungan dan elemen kontekstual yang lain kadang-kadang dapat mempengaruhi bagaimana minda dan badan anda bertindak balas terhadap seks. Secara tidak langsung juga mempengarui tempoh jangka masa persetubuhan anda.
Apabila anda fokus, terangsang, dan bersama dengan pasangan yang memahami tubuh anda dengan baik, anda mungkin lebih mudah untuk mencapai klimaks dengan cepat. Namun, apabila anda terganggu, cemas atau tidak dapat bersantai dengan pasangan anda, mungkin memerlukan masa yang lebih lama.
ms_MYMalay