Loader
0%
Loading ...

He Medical Clinic

530ea2 5a239067bdd442ca99a7cd15f113e67amv2

Terapi Penggantian Testosteron (TRT) di Malaysia

Anda ada masalah nafsu rendah, kurang tenaga, rasa murung atau tertekan?​​

Bila lelaki semakin berumur, tahap testosteron dalam badan akan perlahan-lahan menurun. Dianggarkan bahawa penurunan testosteron adalah kira-kira 1% setahun selepas umur 30 atau 40 tahun.

Bila tahap testosteron lebih rendah dari julat normal, ia mungkin dipanggil 'hipogonadisme'. Dalam hipogonadisme dewasa, badan tidak mampu menghasilkan jumlah testosteron yang mencukupi.

Adakah Tahap Testosteron Rendah Biasa?

Hypogonadism 750x500 1

Tahap testosteron biasanya memuncak semasa remaja dan awal dewasa. Bila kita makin berusia, biasanya sekitar 1% setahun selepas umur 30 atau 40, tahap testosteron kita makin menurun. Untuk orang yang lebih berusia, penting untuk tentukan sama ada tahap testosteron rendah disebabkan oleh proses penuaan biasa atau penyakit (hipogonadisme).​​

Tahap testosteron rendah boleh menjadi punca kepada masalah testis atau kelenjar pituitari yang mengawal testis.​​

Ada banyak faktor risiko yang boleh menyumbang kepada testosteron rendah, contohnya obesiti atau penyakit seperti kencing manis. Kajian menunjukkan hampir 1 daripada 3 lelaki gemuk ada testosteron rendah, dan obesiti buat mereka 5 kali lebih berisiko berbanding lelaki dengan berat normal.

Apakah Kesan Tahap Testosteron Rendah?

2010661
andropause

Jika anda bimbang tentang "Andropause" atau merasakan tahap testosteron anda mungkin rendah, sepuluh soalan mudah ini adalah tempat yang baik untuk bermula​ mengenali masalah anda.​

Soal Selidik Kekurangan Androgen dalam Lelaki Berusia (ADAM) ialah cara mudah untuk menjawab soalan untuk menilai kesihatan seksual anda dan tahap testosteron anda:-

​

1. Adakah anda mengalami penurunan libido (nafsu seks)? 

2. Adakah anda kekurangan tenaga?

3. Adakah anda mengalami penurunan kekuatan dan/atau ketahanan? 

4. Adakah anda kehilangan ketinggian? 

5. Adakah anda merasakan penurunan "keseronokan hidup"? 

6. Adakah anda sedih dan/atau mudah marah? 

7. Adakah ereksi anda kurang tegang? 

8. Adakah anda menyedari kemerosotan dalam keupayaan anda bermain sukan?

9. Adakah anda tertidur selepas makan malam? 

10. Adakah terdapat kemerosotan dalam prestasi kerja anda baru-baru ini?

​

​Jika anda menjawab YA kepada 3 atau lebih soalan: Anda mungkin mempunyai kekurangan androgen (tahap testosteron rendah). Kami mengesyorkan Comprehensive Blood Test untuk mengenal pasti sama ada anda mempunyai tahap testosteron yang rendah. Comprehensive Blood Test untuk mengenal pasti sama ada anda mempunyai tahap testosteron yang rendah

Tempah temu janji dengan DOKTOR kami untuk membincangkan sama ada Terapi Penggantian Testosteron sesuai untuk anda

ms_MYMalay